Followers

Thursday 8 November 2012

chocolate cake recipe.

Assalamulaikum...
Entry ni nak share resepi coklat kek yang aku buad hari ni.
Aku buad kek ni ade 3 sebab. (1) BOSAN. (2) Zul and nana mengidam kek coklat. 
And (3) Esok birthday mama aku :)

Ni hasil kek coklat yang aku buad :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
185 gram mentega tanpa garam (dicincang)
100 gram coklat (dicincang)
1/3 cawan gula kastor
2 biji telur (dipukul sedikit)
1/2 cawan susu sejat
badam kisar & coklat chip (ikut kehendak)








Cara membuat:
1. Ayak tepung & serbuk koko ke dalam sebuah mangkuk besar. Kemudian buat lubang ditengah tepung tersebut untuk ruangan cecair.
2. Panaskan coklat, mentega dan gula kastor di atas api yang kecil hingga cair. (gaul untuk elakkan hangus)
3. Campurkan susu sejat dan telur ke dalam cecair.
4. Masuk kan campuran tersebut ke dalam tepung di bahagian lubang tadi.
5. Gaul rata menggunakan sudu kayu.
6. Campurkan badam kisar dan coklat chip.
7. Masuk kan kedalam acuan kek dan dibakar sekitar 45minit sehingga masak.

NAK SHARE TU JE.
SELAMAT MENCUBA :)



Wednesday 7 November 2012

DREAM.

Assalamualaikum..
Hai, entry kali ni aku nak citer pasal bilik tidur aku.
Seriously cuti sem kali ni aku bosan gila.. Tu yang datang idea nak hias bilik :)

Before this, bilik aku cat red and white stirpes. 

sekadar gambar hiasan.
Gambar kat atas ni bukan bilik aku tau. gambar hiasan je. Takde plak snap gambar sebelum dan selepas.
 Cuma ni je bukti bilik aku penah warna merah sebelum ni. Bilik aku kecik je. So, warna merah memang tak sesuai. Lagipon mama selalu cakap bilik aku patriotik sangat. hihi

bukti bilik merah :)
Lepas hias bilik. ini hasilnya .
tadaaa~


perkataan "DREAM" tu adalah gabungan 62keping gambar.
Gambar-gambar tu semua gambar kenangan dengan family, kawan dan si dia. hihi

nampaknya, makin liat lah aku nak bangun dari katil lepas ni.

NotaKAKI: dreams don't work unless you do.






Tuesday 6 November 2012

aktiviti sepanjang semester 5


assalamualaikum.. lama rasa nya tak berblog kan. last update pon lepas final exam sem lepas. kali ni aku sempat update pon time cuti sem. maklum lah tahun akhir. agak busy dengan exam, test, assignment. entry ni aku nak share ape yang terjadi sepanjang semester 5 ni.

first, trip ke rumah minna, kulai. *macik minna sebenarnye.


second, mancity vs malaysia.






third, handmade journal book.


last, birthday gathering. since birthday aina, mina, siti and syue dalam bulan yang same kiteorang plan buad surprise birthday celebration untuk deorang :)
kalau diikutkan, banyak lagi nak share. tapi tak cukup space plak. hehe. itu je lah. kbai :)